Thursday 21 March 2013

AKTIVITI 1 : SENAMAN RIANG RIA


Murid hanya akan memberikan perhatian terhadap cikgu selama beberapa minit. Kemudian, murid akan mula melakukan sesuatu yang mana akan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ‘Senaman Riang Ria’ merupakan salah satu cara untuk mengembalikan semula tumpuan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. ‘Senaman Riang Ria’ dilakukan oleh murid atas arahan cikgu. Apabila murid mulai menunjukkan tingkah laku yang bermasalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan, cikgu memberikan arahan untuk melakukan ‘Senaman Riang Ria’.
Dalam ‘Senaman Riang Ria’, murid akan berada di tempat duduk masing-masing dan melakukan beberapa jenis pergerakan sambil menyanyikan lagu ‘Senaman Riang Ria’.  Lirik lagu ‘Senaman Riang Ria’ boleh dipelbagaikan dan boleh diubah oleh cikgu mengikut situasi.  Melodi untuk lagu ‘Senaman Riang Ria’  mengikut melodi lagu ‘Goreng Pisang. Antara contoh lirik ialah:

Tangan atas tangan atas tangan atas
Goyang goyang
Tangan bawah tangan bawah tangan bawah
Goyang goyang

Lenggang kiri lenggang kanan lenggang kiri
Goyang goyang
Lenggang kiri lenggang kanan lenggang kiri
Goyang-gyang

Kaki depan kaki depan kaki depan
Goyang goyang
Kaki depan kaki depan kaki depan goyang goyang

 Pandang atas pandang bawah pandang depan
geleng geleng







AKTIVITI 3: TAKE OUT



Situasi : Murid berkeliaran (berlari, bermain, membuat bising) semasa guru sedang mengajar di hadapan.
Bagaimana hendak menangani masalah tersebut???


Guru telah menyediakan satu papan iaitu papan “Take Out” yang terdapat nama dan gambar setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Tujuan papan “Take Out” dibuat adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah semasa guru mengajar. Sebelum melaksanakan papan “Take Out” ini di dalam bilik darjah, guru perlu menerangkan kepada murid dengan jelas. Langkah pelaksanaan papan “Take Out” ialah :


a) Jika terdapat murid yang berbuat nakal dan tidak fokus semasa di dalam bilik darjah, guru akan mengambil nama dan gambar murid tersebut dan meletakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai murid.
b) Secara automatik, apabila nama dan gambar murid tersebut diasingkan daripada rakannya yang lain akan menyebabkan rasa malu pada diri murid tersebut dan murid tersebut akan diam.
c) Akan tetapi, sekiranya murid tersebut tidak mengendahkan tindakan gurunya, guru akan berpura-pura meletakkan nama dan gambar murid tersebut di tempat seperti luar tingkap atau tong sampah. *tindakan guru : berpura-pura SAHAJA.
d) Tindakan guru tersebut akan menimbulkan reaksi murid tersebut dan seterusnya rakan yang lain akan turut diam kerana tidak mahu diperlakukan sebegitu.
e) Tindakan guru tersebut berkait rapat dengan psikologi terhadap murid dan menjurus kepada peneguhan negatif untuk memberi kesedaran kepada murid tersebut.



AKTIVITI 2: BUM BUM PA


Aktiviti ini merupakan salah satu alternatif bagi memperoleh perhatian murid dan mengurangkan masalah disiplin di kelas. Guru akan menerangkan terlebih dahulu berkaitan aktiviti tersebut pada awal waktu persekolahan di awal semester. Setiap kali masalah disiplin seperti tidur, bising atau bermain berlaku di dalam kelas, guru akan memberikan arahan kepada murid. Arahan tersebut dalam bentuk bunyi paluan kompang. Pelbagai bunyi paluan kompang yang memerlukan beberapa tingkah laku berbeza daripada murid-murid.
Cara Pelaksanaan:
Berikut merupakan cara pelaksanaan aktiviti BUM BUM PA
Arahan Cikgu (Paluan Kompang)
Tindak Balas Murid
PA PA BUM
Murid segera beralih ke tempat masing-masing dan menutup mata
BUM
Murid menarik nafas

BUM BUM
Murid menghembuskan nafas

BUM BUM PA
Murid membuka mata dan bertepuk tangan sebanyak 2 kali dan melaungkan
     “SAYANG CIKGU”

Kemudian kelas boleh diteruskan seperti yang telah dirancang.








Tuesday 26 February 2013

Welcoming entry

Assalamualaikum. Hello. Hi.
This is a short brief about our blog. 
Our blog is meant for subject EDU 3104 which is Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.

Readers are welcome and comments are most appreciated




p/s: Notes will be uploaded by link. Do click the link posted on every of our entry. 
Thank you. 

PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH








Classroom Discipline Techniques - 12 Tips




Monday 25 February 2013

PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN

Tajuk ini akan menyentuh mengenai aspek dan ciri yang diperlukan dalam menguruskan sebuah bilik darjah yang berkesan. 

                                                                                                                                 




KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH


• sebarang bentuk mendisiplinkan murid mestilah ke arah mendatangkan matlamat kepada murid
• kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara dasarnya boleh ditangani melalui teguran nonverbal, mengalihkan tingkah laku atau menukarkan rentak p&p
Kitaran pengurusan disiplin

• merancang
• menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan yang akan digunakan
• melaksanakan dan mengurus
• mengawasi dan membuat refleksi
PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

a. Guru berperanan sebagai pembimbing
b. Apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah tersebut boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa disiplin sekolah
c. Cadangan untuk menangani disiplin:-
- tidak panik dan jangan bertindak melulu
- elakkan daripada mencabar murid
- semak semula cara pengajaran
- jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
- berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
- ikuti budaya disiplin sekolah
HALANGAN KEPADA PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH

• hubungan ibu bapa
• pengaruh rakan sebaya
• keadaan persekitaran bilik darjah
• masalah perkembangan murid
• salah laku yang tidak dijangka
INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN
• PASTORAL CARE
• BIMBINGAN DAN KAUNSELING
• TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Pastoral care
Merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk menjaga kebajikan murid-muridnya. Bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan sokongan emosi murid.
Bimbingan dan kaunseling
a. Bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian dengan persekitaran.
b. Kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid memahami dirinya yang sebenar
c. Matlamat bimbingan dan kaunseling:-
• mengenal potensi murid
• membina kemahiran pengurusan diri
• kemahiran penyelesaian masalah
• pengurusan tingkah laku
• memajukan diri murid
• penilaian kendiri
d. Prinsip bimbingan dan kaunseling:-
• murid perlu sukarela untuk dibimbing
• murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-masing
• bimbingan adalah proses pencegahan
• penggunaan kemahiran asas bimbingan
• bantuan menyeluruh
• bersikap terbuka
e. Etika bimbingan
• menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
• kerahsiaan murid
• bertanggungjawab
f. Kemahiran bimbingan
• memberikan perhatian
• kemahiran mendengar dengan aktif
• kemahiran berempati
Teknik modifikasi tingkah laku
a. Menggunakan prinsip peneguhan
• tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
• tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemahkan
• bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus
• peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan
b. Sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur
• sistem kontrak tingkah laku
• sistem token
c. Pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
• tetapkan tingkah laku murid
• beri kesedaran kepada murid
• matlamat yang realistik
• bincangkan akibat
• bina sistem pengurusan kendiri
• guru memantau dan memberi peluang kepada murid untuk mengurus
• penilaian berterusan. Ubah cara penilaian jika perlu