Thursday 21 March 2013

AKTIVITI 1 : SENAMAN RIANG RIA


Murid hanya akan memberikan perhatian terhadap cikgu selama beberapa minit. Kemudian, murid akan mula melakukan sesuatu yang mana akan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ‘Senaman Riang Ria’ merupakan salah satu cara untuk mengembalikan semula tumpuan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. ‘Senaman Riang Ria’ dilakukan oleh murid atas arahan cikgu. Apabila murid mulai menunjukkan tingkah laku yang bermasalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan, cikgu memberikan arahan untuk melakukan ‘Senaman Riang Ria’.
Dalam ‘Senaman Riang Ria’, murid akan berada di tempat duduk masing-masing dan melakukan beberapa jenis pergerakan sambil menyanyikan lagu ‘Senaman Riang Ria’.  Lirik lagu ‘Senaman Riang Ria’ boleh dipelbagaikan dan boleh diubah oleh cikgu mengikut situasi.  Melodi untuk lagu ‘Senaman Riang Ria’  mengikut melodi lagu ‘Goreng Pisang. Antara contoh lirik ialah:

Tangan atas tangan atas tangan atas
Goyang goyang
Tangan bawah tangan bawah tangan bawah
Goyang goyang

Lenggang kiri lenggang kanan lenggang kiri
Goyang goyang
Lenggang kiri lenggang kanan lenggang kiri
Goyang-gyang

Kaki depan kaki depan kaki depan
Goyang goyang
Kaki depan kaki depan kaki depan goyang goyang

 Pandang atas pandang bawah pandang depan
geleng geleng







AKTIVITI 3: TAKE OUT



Situasi : Murid berkeliaran (berlari, bermain, membuat bising) semasa guru sedang mengajar di hadapan.
Bagaimana hendak menangani masalah tersebut???


Guru telah menyediakan satu papan iaitu papan “Take Out” yang terdapat nama dan gambar setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Tujuan papan “Take Out” dibuat adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah semasa guru mengajar. Sebelum melaksanakan papan “Take Out” ini di dalam bilik darjah, guru perlu menerangkan kepada murid dengan jelas. Langkah pelaksanaan papan “Take Out” ialah :


a) Jika terdapat murid yang berbuat nakal dan tidak fokus semasa di dalam bilik darjah, guru akan mengambil nama dan gambar murid tersebut dan meletakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai murid.
b) Secara automatik, apabila nama dan gambar murid tersebut diasingkan daripada rakannya yang lain akan menyebabkan rasa malu pada diri murid tersebut dan murid tersebut akan diam.
c) Akan tetapi, sekiranya murid tersebut tidak mengendahkan tindakan gurunya, guru akan berpura-pura meletakkan nama dan gambar murid tersebut di tempat seperti luar tingkap atau tong sampah. *tindakan guru : berpura-pura SAHAJA.
d) Tindakan guru tersebut akan menimbulkan reaksi murid tersebut dan seterusnya rakan yang lain akan turut diam kerana tidak mahu diperlakukan sebegitu.
e) Tindakan guru tersebut berkait rapat dengan psikologi terhadap murid dan menjurus kepada peneguhan negatif untuk memberi kesedaran kepada murid tersebut.



AKTIVITI 2: BUM BUM PA


Aktiviti ini merupakan salah satu alternatif bagi memperoleh perhatian murid dan mengurangkan masalah disiplin di kelas. Guru akan menerangkan terlebih dahulu berkaitan aktiviti tersebut pada awal waktu persekolahan di awal semester. Setiap kali masalah disiplin seperti tidur, bising atau bermain berlaku di dalam kelas, guru akan memberikan arahan kepada murid. Arahan tersebut dalam bentuk bunyi paluan kompang. Pelbagai bunyi paluan kompang yang memerlukan beberapa tingkah laku berbeza daripada murid-murid.
Cara Pelaksanaan:
Berikut merupakan cara pelaksanaan aktiviti BUM BUM PA
Arahan Cikgu (Paluan Kompang)
Tindak Balas Murid
PA PA BUM
Murid segera beralih ke tempat masing-masing dan menutup mata
BUM
Murid menarik nafas

BUM BUM
Murid menghembuskan nafas

BUM BUM PA
Murid membuka mata dan bertepuk tangan sebanyak 2 kali dan melaungkan
     “SAYANG CIKGU”

Kemudian kelas boleh diteruskan seperti yang telah dirancang.