Thursday 21 March 2013

AKTIVITI 3: TAKE OUT



Situasi : Murid berkeliaran (berlari, bermain, membuat bising) semasa guru sedang mengajar di hadapan.
Bagaimana hendak menangani masalah tersebut???


Guru telah menyediakan satu papan iaitu papan “Take Out” yang terdapat nama dan gambar setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Tujuan papan “Take Out” dibuat adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah semasa guru mengajar. Sebelum melaksanakan papan “Take Out” ini di dalam bilik darjah, guru perlu menerangkan kepada murid dengan jelas. Langkah pelaksanaan papan “Take Out” ialah :


a) Jika terdapat murid yang berbuat nakal dan tidak fokus semasa di dalam bilik darjah, guru akan mengambil nama dan gambar murid tersebut dan meletakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai murid.
b) Secara automatik, apabila nama dan gambar murid tersebut diasingkan daripada rakannya yang lain akan menyebabkan rasa malu pada diri murid tersebut dan murid tersebut akan diam.
c) Akan tetapi, sekiranya murid tersebut tidak mengendahkan tindakan gurunya, guru akan berpura-pura meletakkan nama dan gambar murid tersebut di tempat seperti luar tingkap atau tong sampah. *tindakan guru : berpura-pura SAHAJA.
d) Tindakan guru tersebut akan menimbulkan reaksi murid tersebut dan seterusnya rakan yang lain akan turut diam kerana tidak mahu diperlakukan sebegitu.
e) Tindakan guru tersebut berkait rapat dengan psikologi terhadap murid dan menjurus kepada peneguhan negatif untuk memberi kesedaran kepada murid tersebut.



No comments:

Post a Comment